suria

Taylor Swift Ingin Beli Rumah Di London

Taylor Swift ingin membeli sebuah rumah di London kerana sering berkunjung ke Eropah.
Taylor Swift ingin membeli sebuah rumah di London kerana sering berkunjung ke Eropah.
Taylor Swift ingin membeli sebuah rumah di London kerana sering berkunjung ke Eropah.

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sedang dalam perancangan untuk membeli sebuah rumah di London kerana jatuh cinta dengan tempat tersebut.

Radaronline.com melaporkan, kekerapan Taylor berada di Eropah juga membuatkan dia mengambil keputusan untuk memiliki sebuah kediaman di sana.

"Taylor sentiasa seronok apabila dapat ke Eropah terutamanya London kerana penduduk dan kawasan sekitar menyenangkan dirinya. Tambahan pula dia sering berada di Eropah untuk konsert jelajah dan jika ada sebuah rumah lebih memudahkan," ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Penyanyi berusia 22 tahun itu turut melihat pembelian rumah di London adalah pelaburan yang baik.

"Dia sangat realistik dengan kerjaya seni yang tidak akan berpanjangan jadi dia ingin melaburkan wang terhadap sesuatu menguntungkannya pada masa hadapan," jelasnya lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain