suria

Daniel Craig Sudah Bosan Jadi 'James Bond'

Craig mengakui selepas tiga edisi filem James Bond dia mula berasa bosan memegang watak itu.
Craig mengakui selepas tiga edisi filem James Bond dia mula berasa bosan memegang watak itu.
Craig mengakui selepas tiga edisi filem James Bond dia mula berasa bosan memegang watak itu.

PELAKON Daniel Craig yang menempa nama dengan watak agen 007 menerusi filem James Bond mengakui sudah bosan dan tidak mahu lagi terlibat dalam karya berkenaan pada masa akan datang.

Craig dalam satu temu bual bersama majalah Rolling Stone memberitahu dia sentiasa mencari alasan untuk tidak menerima lagi tawaran daripada pihak produksi untuk siri filem berkenaan.

"Rasanya saya sudah bosan dengan watak tersebut dan sentiasa mencari alasan untuk tidak lagi terlibat sebagai agen 007," katanya.

Craig yang baru sahaja muncul dengan rantaian filem itu berjudul Skyfall 007 bagaimanapun masih mempunyai dua lagi filem yang perlu diselesaikan.

"Mereka tidak membenarkan saya meninggalkan filem itu dan saya telah bersetuju untuk dua buah lagi filem lagi," ujarnya.

Selain Skyfall 007, kelibat Craig sebagai James Bond pernah digunakan dalam filem Casino Royale (2006) dan Quantum of Solace (2008).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain