suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Channing Tatum Calon Lelaki Paling Seksi 2012

Channing Tatum disebut-sebut sebagai penerima gelaran Lelaki Paling Seksi 2012 oleh majalah People.
Channing Tatum disebut-sebut sebagai penerima gelaran Lelaki Paling Seksi 2012 oleh majalah People.
Channing Tatum disebut-sebut sebagai penerima gelaran Lelaki Paling Seksi 2012 oleh majalah People.

PELAKON kacak iaitu Channing Tatum telah disebut-sebut sebagai pemilik gelaran Lelaki Paling Seksi 2012 majalah People menggantikan pelakon Bradley Cooper yang mendapat anugerah sama tahun lalu.

Pemilihan Tatum dikatakan dibuat selepas penampilannya dalam filem Magic Mike dengan imej seksi dan menggoda sebagai seorang penari bogel telah melayakkan dia terpilih sebagai calon utama untuk anugerah itu.

Filem tersebut turut dibintanginya oleh Alex Pettyfer, Matthew Bomer dan Matthew McConaughey.

Jika berita itu benar, Tatum akan tampil sebagai penghias muka depan majalah People edisi 14 November ini namun masih belum ada pengesahan daripada pihak majalah itu.

"Kami tidak akan mengulas mengenai pemilik gelaran itu sehingga edisi majalah itu berada di pasaran," ujar wakil daripada majalah People.

Antara nama yang pernah diangkat dengan anugerah itu adalah Ryan Gosling, Brad Pitt, Tom Cruise, Patrick Syazwe dan Ben Affleck.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain