suria

Taylor Swift Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger?

Taylor Swift.
Taylor Swift.
Taylor Swift.

NAMA Taylor Swift kembali hangat apabila dia dilaporkan sedang bercinta dengan anak kepada pelakon terkenal iaitu Arnold Schwarzenegger.

Seperti yang dilaporkan Aceshowbiz, Taylor dan Patrick Schwarzenegger dikhabarkan meraikan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat bersama-sama lelaki itu.

Kedua-dua mereka dilihat menaiki kapal layar di Hyannis Port, Cape God, Massachusetts.

Kesempatan itu juga diambil oleh pasangan itu untuk berjemur di tepi pantai bersama beberapa rakan mereka yang turut serta.

Pun begitu, masih belum jelas apakah mereka bercinta atau sekadar menghabiskan masa bersama.

Taylor sendiri tidak memberikan apa-apa komen sementara Patrick secara terang-terangan mengungkapkan rasa hatinya di laman Twitter.

"Hari yang luar biasa. 4 Julai yang terbaik pernah saya alami. Semoga semua menikmati hari yang indah," ungkapnya.

Taylor sebelum ini telah dikaitkan dengan beberapa lelaki termasuk Harry Styles.

Artikel Berikut

Artikel Lain