suria

Suria FM Ajak Pendengar Berkaraoke Dengan Tesco

Para pemenang pada pertandingan karaoke Suria FM di Tesco Melaka bersama penyampai Kenchana Devi (tiga, kiri) dan Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar atau Subi (tiga, kanan).
Para pemenang pada pertandingan karaoke Suria FM di Tesco Melaka bersama penyampai Kenchana Devi (tiga, kiri) dan Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar atau Subi (tiga, kanan).
Para pemenang pada pertandingan karaoke Suria FM di Tesco Melaka bersama penyampai Kenchana Devi (tiga, kiri) dan Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar atau Subi (tiga, kanan).

PETALING JAYA: Pasaraya Tesco dan Suria FM menganjurkan pertandingan karaoke Duetoke Tesco bersama Suria FM bagi mencungkil bakat nyanyian terpendam orang ramai.

Pertandingan yang menjelajah ke 20 buah pasaraya Tesco sekitar semenanjung Malaysia ini bermula dengan Tesco Extra Plentong pada 21 April lalu, Tesco Tebrau (22 April), Tesco Bukit Indah (28 April), Tesco Melaka (29 April), Tesco Extra Seremban 2 (5 Mei) dan Tesco Nilai (6 Mei).

Kembara karaoke itu diteruskan ke utara di Tesco Stargate Alor Star (12 Mei), Tesco Sungai Petani (13 Mei), Tesco Tanjung Pinang (19 Mei), Tesco Extra Prai (20 Mei), Tesco Bukit Mertajam (26 Mei) dan Tesco Taiping (27 Mei).

Pada minggu lalu, ia diadakan di Tesco Kulim (2 Jun) dan Tesco Station 18, Ipoh (3 Jun) dan enam lagi destinasi sepanjang bulan ini sebelum ia berakhir pada hujung Jun.

Pada setiap lokasi, hadiah wang tunai menanti orang ramai, di mana tempat pertama akan membawa pulang RM1500, tempat kedua RM1000 dan RM500 bagi tempat ketiga.

Turut sama memeriahkan pertandingan ini ialah para penyampai Suria FM sebagai pengacara serta artis-artis popular tempatan seperti Alif Aziz, Klangit, Aweera Mojo, Iqa Mentor, Mira Tilu, Bandi Amuk, Forteen, Shidi Data, Ezad Lazim, kumpulan Slash, Arora Salwa, Shanel, Afee Utopia, Ernie Zamri dan kumpulan Ghodong.

Penyertaan hanya terhad kepada 20 orang peserta sahaja dan mereka perlu menyanyi secara berduet dengan lagu-lagu karaoke duet yang disediakan.

Rata-rata pasangan duet yang hadir adalah pasangan suami isteri, adik-beradik, pasangan kekasih serta sahabat handai.

Enam lokasi terakhir Duetoke Tesco bersama Suria FM:

Tesco Manjung (9 Jun) , Tesco Rawang (10 Jun), Tesco Setia Alam (16 Jun), Tesco Kepong Village Mall (17 Jun), Tesco Semenyih (23 Jun) dan Tesco Rawang (24 Jun).

Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat, layari www.suriafm.com.my.

Artikel Lain