suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Will Smith Larang Anak Perempuannya Bercinta Sehingga Berusia 40 Tahun

Will Smith bersama anak perempuannya, Willow Smith.
Will Smith bersama anak perempuannya, Willow Smith.
Will Smith bersama anak perempuannya, Willow Smith.

PELAKON Will Smith memberitahu tidak akan membenarkan anak perempuannya, Willow Smith yang baru berusia 11 tahun untuk bercinta dengan lelaki sehingga umurnya 40 tahun.

Smith dilaporkan berkata, dia akan mengawasi perkembangan dan pergaulan anak perempuannya itu dan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki menyakiti anak kesayangannya itu.

"Jika Willow membawa lelaki balik ke rumah saya akan mengamati dan bertanya tentang segala-galanya tentang dia. Jika saya yakin baru Willow dibenarkan untuk bercinta dengan lelaki tersebut," ujarnya.

Smith sebelum ini juga pernah memberi amaran kepada sesiapa yang berani menggangu anak dan keluarganya akan menerima akibat terutama anak perempuannya.

Willow juga adalah seorang penyanyi dan pernah bekerjasama dengan bintang-bintang besar seperti Nicki Minaj.

Artikel Lain