Amir (Raja Lawak) Tidak Segan Hidup Sederhana

Aksi Amir (Raja Lawak) sebagai pengulas pentas akhir Super Spontan, baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Aksi Amir (Raja Lawak) sebagai pengulas pentas akhir Super Spontan, baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Aksi Amir (Raja Lawak) sebagai pengulas pentas akhir Super Spontan, baru-baru ini. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon Amir (Raja Lawak) tidak pernah berasa segan dengan kehidupan sederhana yang dilaluinya kerana menyedari kedudukannya sebagai artis baru yang belum stabil dalam industri hiburan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23, berkata dia tidak perlu bersikap hipokrit atau menyembunyikan taraf kehidupannya yang sebenarnya hanya kerana dia seorang selebriti.

“Saya selesa dengan taraf kehidupan pada hari ini. Selepas tiga tahun bergelar artis banyak perubahan yang dapat saya berikan kepada keluarga di kampung (Kelantan).

“Kini, saya sudah mampu memiliki motosikal sendiri hasil duit lakonan dan tidak malu untuk mengakuinya. Walaupun tidak mewah tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang ada,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Bekas pemenang tempat ketiga program Raja Lawak musim ketiga itu berkata, dia bersyukur dengan perkembangan positif terhadap populariti dirinya kebelakangan ini.

“Pembabitan saya sebagai pengulas program Super Spontan memberikan impak positif pada populariti, di mana orang ramai mula memberikan perhatian dan reaksi terhadap saya di laman-laman sosial.

“Alhamdulillah, saya semakin dikenali dan diterima ramai berbanding ketika awal pembabitan dulu. Ini adalah rezeki saya, kalau tidak gah mana pun asalkan tawaran kerja konsisten, ia sudah satu rahmat bagi,” katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Amir berkata selepas Super Spontan melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu, dia akan muncul pula dalam program bual bicara bersama Johan (Raja Lawak) iaitu Acaner Tu Johan tidak lama lagi.

“Saya sedang terlibat dengan penggambaran drama sebanyak 13 episod iaitu Inspektor Ku Sayang di Kota Bharu, Kelantan.

“Selepas ini, saya akan muncul sebagai pengacara sampingan (sidekick) kepada Johan untuk program bual bicaranya berjudul Acaner Tu Johan sebanyak 13 episod di Astro Warna,” katanya.

Pemuda yang terkenal dengan istilah I'm sorry ini bakal muncul dalam beberapa filem termasuk Hantu Air, Hantu Bukit Cina dan Sebelum Subuh pada tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain