suria

ALBUM BARU: Tak Rugi Beli Album '+' Ed Sheeran

TAJUK ALBUM: +

ARTIS: Ed Sheeran

EDARAN: Warner Music Malaysia

KEMUNCULAN Ed Sheeran dengan album berjudul '+' yang bermakna positif terus melonjak naik di persada muzik Eropah, Hollywood dan terus 'merebak' ke negara-negara maju lain.

Ketika itu, keistimewaan Ed Sheeran sememangnya dipersoalkan dan jujur saya katakan, jarang sekali kesemua lagu yang dimuatkan dalam sesebuah album itu berbaloi untuk didengar.

Sebanyak 16 buah lagu yang dimuatkan pada lelaki Inggeris ini dan dia mempertaruhkan single The A Team dan Lego House sebagai tarikan.

Ternyata taruhannya untuk kedua-dua lagu itu berjaya menarik perhatian peminat sedia ada dan peminat baru untuk membeli album ini.

Mendengarkan lagu-lagu yang dimuatkan iaitu bermula dengan trek pertama, The A Team, Drunk, U.N.I, Grade 8, wake Me Up, Small Bump, This, the City, lego House, You Need Me I Dont Need You, Kiss me, Give Me Love, Autumn Leaves, Little Bird, Gold Rush dan Sunburn, ia memberikan satu kepuasan maksima kerana memiliki album ini, sedikit pun tidak merugikan.

Muzik lagu yang Ed tampilkan agak berbeza dan kedengaran lebih “urban” berbanding dengan lagu yang sedia ada. Campuran rentak “hip-hop”, akustik, “folk” dan sedikit unsur-unsur “boy band” menampakkan keunikan pada album ini.

Sentuhan melodinya juga sedap di dengar di halwa telinga pendengar yang inginkan sebuah lagu yang segar dan unik.

Itu hanya pendapat daripada saya, namun ramai pengkritik album muzik di luar sana kurang gemarkan album ini kerana lirik yang diciptakan oleh Ed atau nama sebenarnya Edward Christopher Sheeran berbunyi sinis tentang kehidupan industri muzik Hollywood yang sering dikaitkan dengan dadah dan alkohol.

Lebih-lebih lagi menerusi lagu You Need Me, I Dont Need You, lagu itu menjadi satu isu di luar sana kerana para pengkritik menganggap pada lirik itu Ed seolah-olah menggambarkan dia yang sebelum ini seorang pemuzik “underground”, tidak perlukan bantuan media serta “orang dalam” untuk meraih populariti.

Sungguhpun Ed membuatkan beberapa pihak terasa pedas dan kurang selesa dengan liriknya, harus diakui, lagu ini agak menarik untuk didengar. Ternyata penyanyi ini mempunyai satu tarikan dan cita rasa yang unik dalam menyampaikan jiwa muziknya kepada peminat-peminat.

LAGU PILIHAN: Give Me Love, You Need me And I Dont Need You, Lego House

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain