suria

Faizal Tahir Tidak Abai Jaga Kebersihan Gigi

Faizal Tahir
Faizal Tahir
Faizal Tahir

PETALING JAYA: Faizal Tahir tidak pernah mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting walaupun sibuk dengan kerjaya hariannya sebagai artis.

Faizal berkata, tiada alasan untuk seseorang itu mengabaikan kebersihan gigi dan sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul amat penting.

"Sukar saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang padat, tetapi seboleh-bolehnya saya akan mencuri masa sedikit dengan memeriksa gigi sendiri untuk memastikan tiada kerosakan yang berlaku.

"Begitu juga dengan anak-anak, walaupun sering pulang lewat ke rumah, saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur jika ada kelapangan,” katanya yang kini merupakan duta jenama ubat gigi Colgate.

Faizal turut menyuarakan sokongan usaha pihak Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) serta Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang menekankan pendidikan seawal mungkin mengenai penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

“Inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi.

"Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak.

"Harap-harap ia bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga buat diri sendiri," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain