suria

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Seri Perak, Aaron Aziz Artis Paling Popular ABPBH2011

Aaron Aziz diapit isterinya Diyana Hazik selepas selesai ABPBH2011 di Genting Highlands, malam Ahad. Aaron dipilih sebagai Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular 2011.
Aaron Aziz diapit isterinya Diyana Hazik selepas selesai ABPBH2011 di Genting Highlands, malam Ahad. Aaron dipilih sebagai Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular 2011.
Aaron Aziz diapit isterinya Diyana Hazik selepas selesai ABPBH2011 di Genting Highlands, malam Ahad. Aaron dipilih sebagai Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular 2011.

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila menerima Anugerah Seri Perak pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.

Siti yang sebelum ini pernah merangkul anugerah Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali menewaskan nama besar lain seperti Datuk M Nasir, Datin Sofea Jane, Ziana Zain, Eman Manan, Nabil (Raja Lawak) dan Shahiezy Sam.

Manakala pelakon Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular 2011 apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Aaron turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada malam itu.

Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.

Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Edisi kali ini ditaja oleh Lux sebagai penaja utama.

Senarai penuh pemenang ABPBH-2011

1) BINTANG PALING POPULAR: Aaron Aziz

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: Hafiz

3) PENYANYI WANITA POPULAR: Yuna

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Johan Ariff As’ari

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Tasha Shilla

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Aaron Aziz

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Maya Karin

9) PELAKON TV LELAKI POPOLAR: Fizz Fairuz

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Fasha Sandha

11) ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR: Johan Raja Lawak

12) ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR: Didie Alias

13) PENGACARA TV LELAKI POPULAR: Zizan Razak

14) PENGACARA TV WANITA POPULAR: Fara Fauzana

15) PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR: Faizal Ismail

16) PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR: Fara Fauzana

ANUGERAH KHAS

1) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Datuk Sheila Majid

2) ANUGERAH SRI PERAK: Datuk Siti Nurhaliza Tarudin

Artikel Lain