suria

ALBUM BARU: Malaysia #1 Hits 5 Kompilasi Album Menarik

ALBUM: Malaysia #1 Hits 5

ARTIS: Variasi Artis

EDARAN: Sony Music Malaysia

KEJAYAAN album kompilasi Malaysia #1 Hits 1 hingga 4 pada tahun-tahun lalu ternyata memberi ruang buat syarikat rakaman Sony Music Malaysia untuk meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan siri yang kelima pula.

Menampilkan 16 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2010 dan 2011 album Malaysia #1 Hits 5 pastinya membuka mata para peminat muzik yang ingin album kompilasi yang segar dan semestinya popular.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Kalau Cinta (Alif Aziz dan Joanna), Awan Nano (Hafis) dan Beribu Sesalan (Shila Amzah, Ning Baizura, Jac).

Selain itu lagu seperti Pulanglah nyanyian Awi Rafael, Kisah Hati (Alyah), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Susun Silang Kata (Aizat), Berdua Bersatu (Forteen), Hambamu (Mawi & Akhil Hayy), Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol), Jahat (Stacy), Fobia Cinta (Nashrin), Jangan Nakal (Alif Satar) dan Sesal Mendua (bonus track) nyanyian KLangit.

Trek pertama yang menampilkan lagu runut bunyi bagi filem Ombak Rindu (lagu menggunakan judul yang sama) pasti membuatkan para peminat filem bos office ini buka mata dan tersenyum mendengar suara gandingan Hafiz dan Adira.

Senyuman itu akan bersambung apabila mendengar suara Anuar Zain mendendangkan lagu Sedetik Lebih.

Begitu juga dengan lagu Kalau Cinta yang menjadi trek ketiga juga akan menjadi pilihan buat golongan muda.

Secara keseluruhannya, album yang menampilkan campuran genre muzik balada, pop, rock dan alternatif ini bukan sahaja untuk golongan remaja semata-mata tetapi ia juga sesuai didengarkan untuk golongan yang lebih tua.

Menarik lagi album ini turut memuatkan lagu bonus berjudul Sesal Mendua, nyanyian KLangit. Satu lagu baru yang semakin popular harus didengar.

Album Malaysia #1 Hits 5 kini sudah pun berada di pasaran dan ia terdapat dalam bentuk CD (RM 31.90), VCD (RM 19.90), dan DVD karaoke (RM 27.90).

Artikel Lain