suria

Akhirnya Kereta Mercedes Vintage John Travolta Ditemui

John Travolta
John Travolta
John Travolta

LOS ANGELES: Polis California akhirnya menemui semula kereta Mercedes vintage milik pelakon popular John Travolta yang dilaporkan hilang September lalu dengan tertangkapnya dua orang suspek.

Malangnya kereta itu ditemui semula dalam keadaan ‘terburai’.

Mercedes-Benz 280SL yang dikeluarkan pada 1970 itu telah dicuri September tahun lalu selepas pelakon "Grease", "Pulp Fiction" dan “Saturday Night Fever” itu membiarkannya hanya untuk beberapa minit di Jalan Santa Monica, di sini, untuk mengunjungi bilik pameran kereta Jaguar.

Selepas menerima beberapa maklumat daripada orang ramai, polis telah menahan Michael Green, 58, dan D.L. Rayford Jr., 52, yang merupakan ketua sindiket mencuri kereta-kereta mewah.

Mereka kemudiannya menemui kereta milik Travolta bersama-sama tujuh buah kereta curi yang lain.

Jurucakap Travolta, Richard Lewis memberitahu agensi berita AFP, kereta mercedes itu dianggarkan bernilai AS$35,000 atau mungkin lebih kerana ia adalah model vintage.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain