suria

David Hasselhoff Benci Diganggu Peminat

David Hasselhoff.
David Hasselhoff.
David Hasselhoff.

PELAKON yang pernah popular dengan siri Baywatch, David Hasselhoff memberitahu dia benci dan berasa rimas apabila sering diganggu oleh para peminatnya sehingga menyukarkan dia menjalani kehidupan seharian.

David, 59, turut memberi amaran kepada para peminatnya agar tidak menggangu dirinya dan mohon diberikan sedikit ruang peribadi sebagai seorang manusia biasa.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah dan mudah didekati, David berkata dia bagaimanapun berhak untuk berasa marah jika kehidupan peribadinya sering diganggu.

"Jika sedang melihat saya bersama seorang wanita atau terserempak dengan saya sedang menikmati makan malam, tolong hormati dan tunggu sehingga saya selesai.

"Saya pasti akan meluangkan masa bersama peminat cuma berikan saya ruang untuk menikmati hidangan dengan tenang," ujarnya.

Dalam pada itu, David yang sedang bercinta dengan seorang wanita iaitu Hayley Roberts, 32 tahun sedang berada di Australia untuk rakaman program Celebrity Apprentice musim kedua.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alec Baldwin Hilang 13 Kilogram

Artikel Lain