suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spice Girls Bersatu Semula

KUMPULAN Spice Girls yang pernah popular suatu ketika dahulu dikhabarkan akan bergabung semula untuk sebuah konsert khas sempena sukan Olimpik 2012 di London.

Portal Contactmusic.com melaporkan, salah seorang anggota kumpulan itu, Mel B dikatakan menjadi individu bertanggungjawab dalam merialisasikan gabungan semula itu.

Dia juga dikatakan telah menyakinkan semua ahli kumpulan lain untuk bersama-sama menjayakan persembahan itu nanti sebagai menghargai peminat yang menyokong mereka selama ini.

Selain Mel B, Spice Girls turut dianggotai oleh Victoria Beckham, Geri Halliwell, Emma Bunton dan Mel C.

"Mel B kelihatan bersungguh-sungguh untuk bergabung semula dengan rakan-rakannya yang lain kerana ini adalah kesempatan terbaik buat mereka untuk tampil di hadapan penonton di seluruh dunia," ujar sumber terdekat penyanyi itu.

Terdahulu, rakan kumpulannya, Mel C pernah memberitahu sukan Olimpik adalah medan terbaik buat mereka untuk bergabung dalam satu persembahan istimewa .

"Harap-harap semua akan bersetuju dengan cadangan ini dan ia akan menjadi kenangan terbaik buat kami berlima," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain