Himpunan Kompilasi Terunggul Warner Music - Hiburan | mStar

Himpunan Kompilasi Terunggul Warner Music

SEBAGAI tanda akhir atau penutup tirai tahun 2011, Warner Music Malaysia mengeluarkan tiga album kompilasi yang berjudul Lagenda Terunggul, Bintang Popular dan Bintang Lagenda.

Ternyata album kompilasi masih lagi relevan ketika ini berbanding dengan album-album baru yang belum tentu dapat memenuhi halwa telinga pendengar.

Penghasilan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu evergreen biasanya dihasilkan apabila ia mendapat permintaan yang tinggi.

Maka, tidak hairanlah syarikat-syarkat rakaman pada hari ini banyak mengahasilkan album sedemikian.

Dalam album Lagenda Terunggul, ia terbahagi kepada empat pecahan album dengan menampilkan 16 penyanyi terunggul legenda iaitu Tan Sri P. Ramlee, Saloma, Datuk Ahmad Jais, Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Sarena Hashim, Sudirman, Anita Sarawak, Suhaimi Mior Hassan, Noorkumalasari, Uji Rashid, J.Mizan, Julie Remie dan DJ Dave.

Semestinya lagu-lagu hit mereka tentu sekali seperti Hujan dan Ketenangan (Sudirman), Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak), Sepi (Suhaimi Mior Hassan), Terpikat (Noorkumalasari), Joget Malam Berinai (Sanisah Huri), Jangan Ditanya Bila Ku Berdua (Datuk Ahmad Jais) dan banyak lagi.

Album Bintang Popular (Vol 1 dan Vol2) pula memuatkan lagu-lagu popular Azean Irdawaty seperti Bawalah Daku Bersamamu, Fauziah Ahmad Daud (Gerhana), Yusni Hamid (Jangan Biarkan), Muhaini Suratman (Kalau Ada Jodoh), Jay Jay (Rindu Bayangan), Najib Hanif (Hanya Dalam Mimpi), Othman Hamzah (Bungaku) dan Tan Sri SM Salim (Tak Seindah Wajah).

Manakala album Bintang Legenda (Vol 1 dan Vol2) tampil dengan lagu-lagu hebat Jamal Abdillah seperti Kekasih Awal Dan Akhir, Francissca Peter (Kau Lilin Cintaku), Ramli Sarip (Kau Yang Satu), Khadijah Ibrahim (Cemburu), Datuk Shake (Kau Bungaku), Azlina Aziz (Duniaku), Razis Ismail (Penawar Rindu), Dayangku Intan (Semakin Rindu Semakin Sayang).

Buat peminat yang membesar dengan penyanyi kesayangan masing-masing pada era terdahulu, lagu-lagu yang dimuatkan masih lagi kekal mutu bunyinya.

Lebih menarik lagi, kesemua lagu dalam himpunan koleksi kompilasi ini dihasilkan semula dalam bentuk digital (digitally remastered) untuk memastikan supaya muziknya kekal segar walaupun ia sudah berusia puluhan tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hubungan Intan Ladyana, Kamal Tiada Masalah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?