suria

Will Smith Kembali Menyanyi

Will Smith
Will Smith
Will Smith

SEPANJANG beberapa tahun ini, Will Smith begitu sukses menerusi filem-filem yang dilakonkannya.

Bagaimanapun, Will kini sedang merancang untuk kembali menyanyi seperti yang pernah dilakukan ketika di awal pembabitannya dalam industri Hollywood sebagai penyanyi rap.

Difahamkan, dia kini sedang bekerjasama dengan penerbit hip hop ternama, La Mar 'Mars' Edwards.

"Memang kami sedang menghasilkan sebuah projek album dengan Will untuk mengembalikannya ke dunia muzik yang pernah ditinggalkan sebelum ini," kata Mars kepada laman XXLMag.com.

Aktor berusia 42 tahun itu pernah mengeluarkan sebanyak empat album, termasuklah album Big Willi Style yang pernah popular pada tahun 1997.

Kali terakhir Will mengeluarkan album iaitu pada tahun 2005 berjudul Lost and Found. Bagaimanapun album itu tidak mendapat sambutan apabila dia lebih popular dengan filem lakonannya seperti Seven Pounds dan Persuit of Happiness.

Menarik tentang Will, seluruh keluarganya juga bergelumang dalam industri hiburan Hollywood termasuklah anak sulungnya, Jaden Smith, 13, yang aktif sebagai pelakon, Willow Smith, 10 (penyanyi) dan isterinya, Jada Pinkett Smith (pelakon).

Artikel Lain