Cinta Madonna Terhadap Lelaki Muda Semakin Mekar - Hiburan | mStar

Cinta Madonna Terhadap Lelaki Muda Semakin Mekar

BAGI yang seusia dengan penyanyi Madonna, 53, mungkin mereka akan mencemburui kehidupannya yang mampu memiliki kekasih berumur 24 tahun pada usia sebegitu.

Pada hari ulang tahunnya, Madonna dilihat menghabiskan waktu bersama kekasih mudanya, Brahim Zaibat dengan bermain kayak di sebuah pantai di London.

Menurut sumber kepada Daily Mirror, kekasih Madonna yang merupakan seorang penari itu kelihatan begitu serius menjalinkan hubungan dengan ratu pop tersebut.

"Mereka bercinta seperti pasangan muda lain. Walaupun Madonna tampak seperti seorang ibu kepada kekasihnya itu.

"Bagaimanapun, Madonna tidak membiarkan perbezaan umur menghalang cinta mereka," kata sumber tersebut.

Madonna dan Zaibat mula keluar berdua-duaan sejak September tahun lalu sejak lelaki itu menari pada pelancaran koleksi Material Girl milik penyanyi itu di New York.

Artikel Sebelum

Will Smith Kembali Menyanyi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp