suria

Bakat Deejay Kelab Musim Kedua Di Astro Hitz

Dari kiri: Reef, Blink, Gabrielle dan Goldfish
Dari kiri: Reef, Blink, Gabrielle dan Goldfish
Dari kiri: Reef, Blink, Gabrielle dan Goldfish

KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan musim pertama, Astro Hitz Spin Master kembali mencungkil bakat-bakat deejay (DJ) kelab menerusi uji bakat yang bakal diadakan pada 15 dan 16 Mei depan di Kelab Zouk, Kuala Lumpur.

Dengan menggunakan format baru, lapan finalis akan dipilih berdasarkan pengadilan yang akan dibuat oleh juri tetap iaitu Blink, Goldfish dan Gabrielle.

Ia melibatkan sistem pemarkahan merangkumi 50 peratus undian secara dalam talian sementara 50 peratus lagi adalah undian juri.

Menurut Blink, pada musim lalu, format undian hanyalah secara dalam talian sahaja tetapi ia kelihatan seperti tidak adil bagi peserta yang benar-benar bagus.

"Justeru itu, pemilihan pemenang menerusi pengadilan juri dan undian daripada pihak luar adalah yang terbaik. Dan para peserta perlu memiliki kriteria-kriteria dari segi bakat, imej dan personaliti.

"Mereka bukan sahaja boleh menghiburkan pengunjung tetapi mampu membuatkan orang tersenyum puas apabila mempersembahkan adunan muzik dengan cara tersendiri," katanya.

Bagaimanapun, tambah Blink, apabila seseorang DJ itu memiliki imej dan berkemahiran mengendalikan turntable, ia merupakan satu pakej lengkap untuk memenangi pertandingan tersebut.

Selain itu, peserta turut dinilai dari segi pemilihan lagu, keaslian muzik yang dimainkan serta susunan muzik yang dipersembahkan.

Sementara itu, pengurus Saluran Astro Hitz, Cheong Cheng Vei berkata, pemenang program tersebut akan menerima hadiah kemenangan berupa perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya ke London dan akan membuat persembahan di sebuah kelab yang dikenali “Ministry of Sound London.”

"Ini merupakan satu peluang yang bagus buat pemenang di mana bakat mereka akan di tonjolkan di sebuah kelab yang popular di kalangan penggiat muzik Hollywood.

"Selain itu ia hadiah ini juga merupakan satu platform bagi mereka untuk mengembangkan bakat mereka di luar negara," ujarnya.

Dalam pada itu, empat finalis teratas akan menerima hadiah percutian di Berjaya Tioman Resort.

Video uji bakat akan dimuat turun ke laman web Youtube dan orang ramai boleh membuat undian terhadap DJ yang diminati. Seramai 16 peserta akan meneruskan saingan ke dua peringkat separuh akhir.

Program pertandingan Hitz Spin Master akan ditayangkan menerusi Saluran 705 Astro Hitz Channel bermula 8 Jun depan, pada pukul 3.30 petang.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan program ini, sila layari www.facebook.com/astrohitz.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain