Baju Kurung & Pengorbanan Ibu Farhan - Hiburan | mStar

Baju Kurung & Pengorbanan Ibu Farhan

Farhan bersama Penolong Pengurus Besar, Kelab Darul Ehsan, Siva Kangasu (kanan) pada sambutan Hari Ibu di kelab tersebut, Ahad.
Farhan bersama Penolong Pengurus Besar, Kelab Darul Ehsan, Siva Kangasu (kanan) pada sambutan Hari Ibu di kelab tersebut, Ahad.

BINTANG Akademi Fantasia 4 (AF4), Nur Farhan Azizan amat terharu dengan pengorbanan ibunya yang bukan sahaja menjaganya sejak kecil malah sanggup membuat baju kurung untuk dia sejak usia enam tahun hingga sekarang.

Nur Farhan atau lebih mesra dipanggil Farhan yang kini berusia 27 tahun berkata, pengorbanan ibunya, Maliza Abd Wahab, 48, sukar untuk dibalas kerana ibunya sentiasa menyayanginya.

"Ibu membuat baju kurung, memasak dan sentiasa berada di sisi saya ketika memerlukan seseorang teman. Kasih sayang saya terhadap ibu terlalu dalam dan tidak mungkin diukur," katanya ketika dia menghadiri majlis sambutan hari ibu di Restoran Duyung, Kelab Darul Ehsan, Ampang, Ahad.

Farhan menyanyikan lagu 'Idamanku', 'Greatest Love of All' dan 'Ibu' untuk meraikan sebanyak 50 ibu. Mereka turut terlibat dalam pertandingan Ucapan Untuk Ibu, dekorasi kek cawan, Seiras Ibu dan Catwalk.

Selepas meraikan ibu-ibu tersebut, dia akan meraikan ibunya sendiri dengan makan malam di restoran mewah bersama seisi keluarga.

Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Farhan memberitahu, dia akan mengeluarkan single terbaru berjudul "Hanya Dia" (dengan penggubah/ komposer, Sharon Paul dan penulis lirik, Sulu Sarawak) sebelum Ramadan ini.

Selain melancarkan single, dia juga sibuk memperkenalkan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan jenamanya sendiri serta baja organik yang dijalankan sejak lima tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai status perhubungannya dengan teman lelakinya di luar negara, Farhan berkata, mereka masih berkawan rapat.

Teman lelakinya bekerja di Petronas dan kini menyambungkan pengajian peringkat sarjana di England.

Farhan berkata, dia tidak pasti bagaimana perhubungan mereka akan berkesudahan kerana setiap perhubungan itu ada pasang-surutnya.

"Saya akan berbincang dengannya untuk menilai perhubungan kami berdua. Ini penting terutamanya sebelum membawa perhubungan ke satu tahap lagi," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain