Zed-Nelly Bulan Madu Di Dublin, Ireland

Zed dan Nelly ketika upacara memotong kek di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto DARRAN TAN
Zed dan Nelly ketika upacara memotong kek di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto DARRAN TAN
Zed dan Nelly ketika upacara memotong kek di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto DARRAN TAN

KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan pelakon Zed Zaidi dan Nelly Natalia berlangsung dengan penuh protokol apabila 20 pengawal mengawal ketat setiap upacara melibatkan pengantin.

Keadaan tersebut menyebabkan pengamal media sukar merakamkan gambar mempelai sehingga timbulnya banyak rungutan di kalangan mereka.

Majlis berkonsepkan moden dan tradisional itu berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Mentakab, di sini, malam Sabtu. Ia dihadiri lebih 800 tetamu termasuk kedua-dua ibu bapa pengantin iaitu Abd Jamil Talib (bapa Zed), Fauziah Hassan (ibu Zed), Mustafa Kamal Datuk Seri Hussein (bapa Nelly) dan Norijah Datuk Seri Mohd Bahri (ibu Nelly).

Turut hadir, rakan artis seperti Iqram Dinzly, Misha Omar, Ahmad Idham, Julia Ziegler, Aril (AF7), Intan Ladyana, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Emelda Rosmila, Zehra Zamri, Adib (Fabulous Cat), Zizi (Fabulous Cat), Datuk Yusof Haslam dan Datuk Aziz Singah.

Bagaimanapun, Zed menjelaskan bahawa tindakan tersebut perlu dilakukan untuk memberi laluan kepada pengantin dan melancarkan perjalanan majlis.

“Dua puluh pengawal yang bertugas ditaja oleh Epanco bermula dari majlis pernikahan hingga majlis resepsi pada malam ini. Tugas mereka adalah untuk memberikan laluan kepada kami dan melancarkan majlis.

“Tetapi dalam masa yang sama, saya turut risau dengan perjalanan majlis ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hasil kerjasama ramai pihak dan seperti biasa mungkin ada sedikit kesilapan,” kata Zed dalam satu sidang media ditemani isterinya.

Selepas seminggu bergelar suami, Zed akui banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memikirkan untuk bekerja lebih kuat.

“Kalau dulu, saya hidup seorang diri tetapi apabila sudah berkahwin, saya rasa lain. Kami masih cuba menyesuaikan diri masing-masing dan saya juga belum sempat merasai masakan ‘air tangan’ isteri.

“Tentang bulan madu, kami memilih untuk ke Dublin, Ireland sekaligus melawat adik perempuan saya, Rozleen yang bekerja di sana. Lagipun, dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya. Kami belum tahu bila akan ke sana kerana saya bukan jenis suka merancang,” ujar Zed lagi yang menggayakan sut hitam.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya pada masa akan datang.

Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.

Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Zed menganggarkan keseluruhan kos perkahwinannya melibatkan lebih RM100,000 termasuk belanja hantaran.

Artikel Sebelum

Stacy Penat Jawab Cerita Gosip

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain