suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wings Terima Anugerah Ikon Rock Dari Naza

Awie (kanan) bersama SM Faizal.
Awie (kanan) bersama SM Faizal.
Awie (kanan) bersama SM Faizal.

PETALING JAYA: Kumpulan Naza, memberikan anugerah Ikon Rock kepada kumpulan Wings kerana kejayaan mereka memperjuangkan muzik berkenaan dalam industri hiburan negara selama 25 tahun.

Anugerah berupa plak itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama syarikat itu Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin selepas konsert yang diberi nama Wings Opera Hidup Superfriends malam Ahad lalu.

Konsert pada malam akhir itu diadakan khas anjuran Naza untuk pelanggan syarikat berkenaan termasuklah ahli kelab motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson.

SM Faizal berkata, konsert yang bertemakan 'Harley-Davidson Nite' itu bukan sekadar untuk menghargai muzik Wings sebaliknya mempunyai apresiasi terhadap kehebatan motosikal Harley-Davidson.

“Selain menaja konsert berkenaan, Kumpulan Naza turut mengadakan sebuah karnival di Laman Beringin termasuklah sesi bertemu peminat sepanjang tempoh konsert berkenaan berlangsung,” katanya.

Sempena karnival itu, pertandingan motor cantik turut diadakan melibatkan beberapa jenis motosikal seperti vespa, “kapcai” dan juga skuter.

Konsert berkenaan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 29 April sehingga 1 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain