suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang-Ashanty Dilantik Duta Telefon Bimbit

MENJADI pasangan duet baru penyanyi Indonesia, Anang Hermansyah (gambar) sudah pasti akan membuat nama Ashanty makin popular.

Lebih menguntungkan, biarpun Ashanty belum tampil dengan album, dia dan Anang sudah ditawarkan berlakon dalam sebuah iklan.

Menurut detikhot, Anang dan Ashanty dilantik sebagai duta telefon bimbit Nexian W701 dan G509 XL Content Cinta pada Jumaat lalu.

Sebelum ini, Anang dan Syahrini terlebih dahulu dilantik sebagai duta produk tersebut semasa mereka menjadi rakan duet. Namun begitu Anang dan Syahrini bukan pasangan duet lagi dan kini Ashanty menggantikan tempat Syahrini sebagai teman duet baru Anang.

"Saya rasa bersyukur dengan rezeki ini dan sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama saya berduet dengan Abang Anang," ujarnya.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Nexian, Hariadi Prawirotomo menegaskan pemilihan Anang dan Ashanty seperti satu pakej.

"Anang yang memilih Ashanty dan kerjasama ini melibatkan antara Nexian dan Anang. Jadi pilihan mereka berdua ibarat satu pakej kerana menepati tema cinta," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor