'Bukan Mahu Cerai, Ambil Kad Nikah' - Zizan Nin - Hiburan | mStar

'Bukan Mahu Cerai, Ambil Kad Nikah' - Zizan Nin

Zizan dan Fazilah Hani telah melangsungkan pernikahan pada Mac tahun lalu
Zizan dan Fazilah Hani telah melangsungkan pernikahan pada Mac tahun lalu

PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin menganggap tuduhan kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga adalah satu fitnah, sebaliknya dia ke pejabat agama adalah untuk mengambil kad perakuan nikah.

Zizan melalui satu kiriman e-mel kepada mStar Online Selasa, memberitahu, selain mengambil kad akuan tersebut dia dan isteri, Fazilah Hani Harun turut bertemu seorang ustaz bagi mendapatkan pandangan beberapa perkara berkaitan agama.

“Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihal suami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.

“Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan,” katanya.

Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

“Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian dan berfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.

“Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama,” katanya.

Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.

“Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.

“Dan sebagai selebriti saya cuba elakkan dari mencampurkan hal peribadi dan kerjaya” katanya yang enggan kehidupan peribadi diketahui peminat.

Artikel Sebelum

Along & Angah Tidak Pernah Cemburu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain