suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Along & Angah Tidak Pernah Cemburu

Angah dan Along
Angah dan Along
Angah dan Along

PETALING JAYA: Pelawak Angah(Raja Lawak) memberitahu persahabatan yang terbina di antara dia dan Along (Raja Lawak) sejak sepuluh tahun lalu membuatkan mereka saling menyokong antara satu sama lain terutama dari segi kerjaya.

Katanya, selepas tamat program realiti Raja Lawak, mereka saling membantu dalam mendapatkan peluang-peluang pekerjaan sama ada lakonan atau mengacarakan majlis.

“Kami tidak penah ada sifat cemburu sesama sendiri, malah jika ada peluang-peluang pekerjaan kami sebolehnya ingin berkongsi.

“Kalau saya dapat tawaran berlakon drama, filem atau mengacara majlis, saya akan cuba cadangkan nama Along, begitu juga dengan dia,” katanya.

Jelas Angah, keserasian antara mereka yang terbentuk sejak sebelum bergelar artis membuatkan dia lebih mudah untuk bekerjasama.

“Kami kenal sebelum masuk Raja Lawak lagi. Kami sudah biasa bersama dan sudah dapat “membaca” lawak masing-masing.

“Namun biasanya kami akan saling menegur jika ada yang dilihat tidak sesuai atau keterlaluan,” ujarnya.

Bercerita mengenai filem Cinta Ekstra, Angah yang memegang watak sebagai Bob Dobol menganggap peranannya berbeza dari drama atau filem yang pernah dimainkan sebelum ini.

“Saya rasa filem ini mencabar sebab watak ini ada sedikit kelainan kerana ia lebih serius berbanding yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Bagaimanapun dari jalan cerita tersebut ia seperti jalan cerita saya yang sebenar,” katanya.

Filem pertama terbitan Outloud Studio itu mengisahkan perjalanan hidup seorang pelakon ekstra yang akhirnya mencapai kejayaan yang diinginkan.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada September ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain