suria

Syamsul Tiada Musuh Dengan Diana Danielle Kerana Farid

Syamsul selepas kemenangannya bagi kategori Lakon Layar Terbaik Filem pada ASK2010.
Syamsul selepas kemenangannya bagi kategori Lakon Layar Terbaik Filem pada ASK2010.
Syamsul selepas kemenangannya bagi kategori Lakon Layar Terbaik Filem pada ASK2010.

PETALING JAYA: Pelakon Syamsul Yusof, 27, tidak menyimpan perasaan marah terhadap bekas kekasihnya Diana Danielle Danny Beeson, 20, apabila tidak bersalam dengan wanita itu semasa menerima anugerah bagi kategori Lakon Layar Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2010 (ASK2010),24 Disember lalu.

Syamsul berkata, semasa menerima anugerah tersebut dia begitu terkejut dengan kemenangan berkenaan sehingga menyebabkan dia terlupa untuk menghulurkan salam kepada Diana.

"Memang saya tak sedar yang saya tidak bersalaman dengan Diana. Mungkin ketika itu saya terlalu teruja dengan kemenangan itu. Maaflah jika ada sesiapa yang terasa. Selepas menerima anugerah itu kami bersalaman di belakang pentas dan Diana mengucapkan tahniah kepada saya.

"Tetapi kami tidak bermusuhan pun, malah kami berkawan seperti biasa," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Dalam rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 itu, Syamsul dilihat terus berlalu apabila Diana yang bertindak sebagai penyampai trofi memberikan hadiah kemenangan itu kepadanya.

Peristiwa itu menyebabkan ramai pihak yang beranggapan Syamsul masih mempunyai perasaan dendam terhadap Diana berikutan perbalahan berikutan Farid Kamil memberi kritikan pedas terhadap Syamsul yang menang anugerah Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia k3 23 (FFM23) lalu.

Ini kerana Diana Danielle dikatakan kekasih baru Farid selepas berpisah dengan Syamsul.

Bagaimanapun, kata Syamsul, dia tidak akan boleh mempertimbangkan untuk mengambil Diana berlakon dalam filem-filemnya akan datang jika bersesuaian dengan aktres itu.

"Saya tak letakkan syarat untuk mengambil Diana berlakon kerana saya mengambil sikap profesional. Kenapa tidak jika ada watak yang sesuai untuknya?

"Apa yang berlaku sebelum ini disebabkan perasaan kecil hati saya terhadap Farid kerana saya dah lama berkawan dengan dia dan saya agak terasa bila Farid memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya.

"Tapi saya sudah maafkan dia dan saya juga mahu meminta maaf daripada Farid sekiranya saya ada buat salah terhadapnya," ujar Syamsul.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain