suria

Enam Bakat Muda Akan Beraksi Di Pentas 'Kamilah Bintang'

Dari kiri atas: Aiman, Dayang, Qistina, Faisal, Farhan dan Wani. Foto TheStar oleh LOW LAY PHON.
Dari kiri atas: Aiman, Dayang, Qistina, Faisal, Farhan dan Wani. Foto TheStar oleh LOW LAY PHON.
Dari kiri atas: Aiman, Dayang, Qistina, Faisal, Farhan dan Wani. Foto TheStar oleh LOW LAY PHON.

KUALA LUMPUR: Sempena musim cuti persekolahan yang akan bermula 20 November ini, Astro Ceria akan menyiarkan program pertandingan nyanyian kanak-kanak, Kamilah Bintang. Ia akan disiarkan pada 19 November ini pada pukul 5.30 petang, menerusi saluran 611.

Menariknya, hanya enam peserta muda yang dipilih untuk menyertai program tersebut dan tiada undian daripada penonton dibuat. Sebaliknya ia diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Adibah Noor, Shafizawati Sharif dan Aznil Nawawi.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Evon Koh, Kamilah Bintang juga tidak akan menyingkirkan keenam-enam peserta tersebut sehinggalah ke peringkat akhir.

"Program ini memberi peluang kepada peserta-peserta muda untuk mengasah bakat mereka yang sedia ada sempena musim cuti sekolah. Sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti yang boleh dilakukan

"Kamilah Bintang akan mengajar para peserta mengenai teknik-teknik nyanyian. Beberapa penyanyi profesional seperti Hujan, Farah Ashikin, Stacy, Amy Search dan Aizat akan menjadi artis yang akan memberi tunjuk ajar kepada mereka dan akan dilatih selama lima minggu.

"Peserta diberi “kuasa bintang” untuk memperbaiki persembahan mereka pada konsert mingguan.

"Kuasa Bintang ibaratnya seperti talian hayat. Jika mana-mana peserta mendapat markah terendah, mereka boleh memilih sama ada mahu kelas tambahan vokal, mendapatkan khidmat penyanyi latar atau peralatan pentas," katanya pada pelancaran program Kamilah Bintang di Fullhouse Cafe, Isnin.

Beritahu juri Shafizawati atau lebih dikenali sebagai cikgu Shafi, dia berpuas hati dengan peserta-peserta yang dipilih kerana mereka memiliki bakat nyanyian yang hebat.

"Cuma mereka perlu diajar pendidikan muzik dan bagaimana cara untuk menghasilkan ton vokal yang bagus," katanya.

Enam bintang muda yang terpilih terdiri daripada Dayang (Dayang Nazillah Awang Astillah), 14, Wani (Syazwani Sapari), 10, Aiman (Mohammad Aiman Azli Aziz), 14, Faisal (Raja Mohd Faisal Khairullah Raja Abdul Halim), 13, Farhan (Muhammad Fathullah farhan Muhammad Rosdi), 12, dan Qistina (Qistina Amira Rohaizad),13.

Juara Kamilah Bintang akan menerima hadiah pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia sekeluarga, komputer riba VAIO, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Bagi naib juara pula akan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Taman tema Hong Kong bersama keluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Manakala tempat ketiga akan membawa hadiah pakej percutian ke Pulau Sentosa Singapura sekeluarga, dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas dan sebuah Ipod Sudffle.

Artikel Sebelum

Wajah Baru MyTV3

Artikel Berikut

Artikel Lain