suria

Rumah Terbuka SACC & mStar Disambut Meriah

Antara yang menjayakan rumah terbuka SACC bersama mStar
Antara yang menjayakan rumah terbuka SACC bersama mStar
Antara yang menjayakan rumah terbuka SACC bersama mStar

SHAH ALAM: Lebih 1,500 tetamu hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Shah Alam Convention Center (SACC) bersama mStar, yang diadakan di dewan pusat konvensyen itu, Selasa.

Majlis yang bertujuan mengeratkan hubungan pelbagai pihak itu dihadiri oleh ahli-ahli korporat, rakan pengiklanan, pihak media dan artis. Ia secara tidak langsung bertujuan mempromosikan SACC.

Pengurus Besar SACC, Shue Ellis berkata, majlis yang dianjurkan buat pertama kali ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara warga kerja SACC bersama mStar dan rakan niaga.

"Majlis ini adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim dengan rakan niaga di samping memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang ada di SACC ini kepada masyarakat umum.

"Kita memilih untuk bersama dengan mStar sebagai salah satu langkah kerjasama yang baik di mana artis dan masyarakat di luar akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang kewujudan SACC untuk mengadakan acara dan pelbagai aktiviti," katanya.

Majlis yang bermula pukul 1 petang ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Nurul, Ezad, Azam Pitt (MyStarz LG), Haiza. Ia turut diceriakan dengan penampilan Roslan Shah sebagai pengacara majlis.

Selain itu, beberapa artis popular lain turut hadir antaranya Rozita Che Wan, Farahwaheeda, Zainal Abidin, Riz, Didie Hirdy, Maya, pelawak Dee, bintang bintang Akademi Fantasia seperti Shahzroul, Anum, Alif, Emma, Nat dan Shazroul.

Terdahulu majlis memotong pulut kuning bagi meraikan ulang tahun kelahiran Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar turut diadakan yang turut disertai Shue Ellis dan Pengerusi Siera Managment Sdn. Bhd. Datuk Mohamad Adan.

Dalam majlis berkenaan mStar diwakili oleh Pengarang Bersekutunya, Rozaid Abdul Rahman.

Artikel Sebelum

Tuhan Selamatkan Maher Zain

Artikel Berikut

Artikel Lain