suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cokelat Mahu Jadi Seperti Dewa

KELUARNYA vokalis Cokelat, Kikan daripada kumpulan itu tidak mematahkan semangat anggota kumpulan yang lain.

Malah Cokelat mengambil contoh daripada kumpulan Dewa yang dulunya pernah ditinggalkan Ari Lasso.

Ketika Ari Lasso tidak lagi bersama Dewa, ramai yang mempersoalkan kekuatan Dewa tanpanya.

Namun Dewa membuktikan mereka mampu bertahan sehingga sekarang. Itu menjadi inspirasi kepada kumpulan Cokelat yang popular dengan lagu Karma.

"Ini adalah dugaan buat Cokelat. Dewa ketika kehilangan Ari dan bersama Once juga mampu mempertahankan kejayaan mereka, malah lebih berjaya dari sebelumnya," ujar Edwin, gitaris Cokelat seperti dipetik Detik.hot.com.

Selain itu, Cokelat kini bersama penyanyi baru Sarah, iaitu bekas peserta Indonesian Idol sebagai vokalis baru mereka dan dalam perancangan merubah konsep muzik kumpulan tersebut.

"Kami berusaha membuat lagu yang membuang imej Kikan. Namun begitu Sarah tetap akan membawa lagu-lagu lama Cokelat tapi dengan cara yang berbeza jauh dari cara Kikan," jelasnya.

Edwin, Ernest, Ronny dan Sarah menjanjikan strategi baru bagi terus mengangkat Cokelat dalam industri hiburan dalam dan luar Indonesia.

Artikel Lain