suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak-anak galak Victoria Beckham jadi juri 'American Idol'

Victoria Beckham akan mengantikan Paula Abdul dalam rancangan TV popular 'American Idol'. foto-AP
Victoria Beckham akan mengantikan Paula Abdul dalam rancangan TV popular 'American Idol'. foto-AP
Victoria Beckham akan mengantikan Paula Abdul dalam rancangan TV popular 'American Idol'. foto-AP

BEKAS penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham dipujuk oleh tiga anaknya - Brooklyn, Romeo dan Cruz - untuk menyahut cabaran menjadi juri program realiti muzik 'American Idol'.

Anak-anak Beckham pada mulanya percaya dia hanya akan menjadi peserta persembahan itu.

Bagaimanapun, budak-budak tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa gembira mereka apabila diberitahu ibu mereka akan menjadi hakim - menurut laporan media.

"Anak-anak Victoria adalah peminat utama 'American Idol' dan ini menggalakkan Victoria (untuk menjadi juri 'American Idol').

"Dia telah dilamar untuk menjadi juri persembahan itu untuk beberapa musim terbaru, tetapi jadual kerjanya tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.

"Terdapat satu peluang dia mungkin akan membuat persembahan kedua kemudian tetapi ini tidak dapat dikesahkan," menurut satu sumber rapat dengan persembahan itu.

Beckham pernah memberitahu dia hanya boleh menjadi hakim jemputan pada persembahan itu ekoran komitmen kerja memperagakan fesyen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain