suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenama kosmetik Paris ingin lamar Esha Deol

Esha Deol mempunyai tubuh badan menarik, muda dan mempunyai ketinggian yang sesuai.
Esha Deol mempunyai tubuh badan menarik, muda dan mempunyai ketinggian yang sesuai.
Esha Deol mempunyai tubuh badan menarik, muda dan mempunyai ketinggian yang sesuai.

AGAK lama bintang Bollywood, Esha Deol tidak muncul di khalayak ramai selepas kegagalan filem terakhirnya, Hijack.

Ramai penggiat seni juga turut tertanya-tanya di mana pelakon ini 'menghilangkan' diri. Namun, menurut sumber, Esha sebenarnya masih berada di Mumbai.

Dikhabarkan, bintang itu sedang berehat bersama ibunya yang merupakan aktres Hema Malini dan adiknya, Aahana di rumah baru mereka.

Dan cerita terbaru tentang Esha, namanya dikatakan sedang di dalam perbincangan untuk dilantik menjadi duta jenama kosmetik terkemuka dari Paris.

"Untuk bersaing dengan jenama kosmetik antarabangsa Loreal yang menampilkan Aishwarya Rai dan Sonam Kapoor sebagai duta, mereka (syarikat kosmetik dari Paris) juga ingin mencari wajah India yang mempunyai tubuh badan menarik, muda dan mempunyai ketinggian yang sesuai.

"Esha dikatakan memenuhi kriteria tersebut dan perundingan sedang dijalankan. Apabila semua selesai nanti, satu pengumuman media akan dibuat di sebuah hotel di Mumbai," kata seorang teman rapat Esha.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain