suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tom Jones jadi nelayan dalam filem komedi British

Kemerduan suara Tom Jones tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kemerduan suara Tom Jones tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kemerduan suara Tom Jones tidak boleh dipertikaikan lagi.

PENYANYI seksi yang masih mantap suaranya Tom Jones dikhabarkan telah bersetuju untuk membintangi filem komedi terbaru British.

Dan watak yang akan dipegangnya ialah sebagai seorang nelayan.

Filem yang dilakonkan oleh penyanyi berusia 68 tahun ini berkisar tentang sekumpulan kru yang berjaya menyeludup 10 juta paun dadah dalam satu konsainan menangkap ikan kod.

Jones akan dibantu oleh pelakon Welsh Rhys Ifans dan Rob Brydon yang pernah membintangi 'The Codfather'.

"Untuk mendapatkan Tom bagi watak ini bukan sesenang yang disangka," kata satu laporan.

Penyanyi yang cukup popular dengan hits seperti Delilah dan I’ll Never Fall In Love Again ini pernah diberi penghormatan 'knighthood' oleh Queen Elizabeth II di Buckingham Palace pada tahun 2006 atas segala sumbangannya selama empat dekad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain