suria

'Britney for the Record' di 8TV sempena tahun baru

Bukan sekadar gossip… ini adalah reality. ‘Britney for The Record’ menyaksikan MTV merakam dan mendapatkan segala berita-berita sensasi tentang jatuh bangun kehidupan ratu kontroversi Britney Spears.
Bukan sekadar gossip… ini adalah reality. ‘Britney for The Record’ menyaksikan MTV merakam dan mendapatkan segala berita-berita sensasi tentang jatuh bangun kehidupan ratu kontroversi Britney Spears.
Bukan sekadar gossip… ini adalah reality. ‘Britney for The Record’ menyaksikan MTV merakam dan mendapatkan segala berita-berita sensasi tentang jatuh bangun kehidupan ratu kontroversi Britney Spears.

TIRAI 2008 bakal berlabuh dan bagi menyambut kedatangan Tahun 2009, 8TV bakal menghidangkan rancangan-rancangan menarik dari New York khas untuk penonton-penonton setia kami!

Pastinya semua sudah tidak sabar menantikan tahun baru dan 8TV setia membariskan program yang cukup hebat dan pastinya menghiburkan anda semua!

Saluran 8TV bakal diisi dengan program-program dari luar dan dari produksi tempatan yang cukup menarik bermula pada malam tahun baru!

31st DECEMBER 2008, NEW YEAR’S EVE

BRITNEY FOR THE RECORD TX: 9.30pm

Bukan sekadar gossip… ini adalah reality. ‘Britney for The Record’ menyaksikan MTV merakam dan mendapatkan segala berita-berita sensasi tentang jatuh bangun kehidupan ratu kontroversi Britney Spears. Anda juga dapat menyaksikan apa yang berlaku di belakang tabir sewaktu majlis Video Music Awards berlangsung. Selain itu, anda juga dapat menonton sesi rakaman bagi album terbaru Britney dan harapan dan persediaan beliau untuk kembali menawan industri muzik.

VH1 HIP HOP HONORS TX: 12.05am

Anugerah yang cukup berprestij bagi semua penyanyi-penyanyi Hip Hop terkenal. Tahun 2008 menyaksikan deretan penyanyi-penyanyi hip-hop seperti Naughty By Nature, Cypress Hill, De La Soul, Slick Rick and Too $hort diberi anugerah bagi memperingati muzik mereka yang pernah menjadi siulan dan ikutan suatu ketika dahulu. Jangan lepaskan peluang menonton persembahan dari Eve, Estelle, Q-Tip dan ramai lagi! 1st JANUARY 2009, THURSDAY:

2008 MTV MOVIE AWARDS TX: 11.00am

MTV Movie Awards yang ke-17 merupakan sebuah program untuk mengiktiraf mereka-mereka yang terbabit dalam bidang perfileman dalam beberapa kategori yang menarik. Diacarakan oleh pelakon dan pelawak terkenal Mike Myers. Anda juga berpeluang menyaksikan dengan persembahan bertenaga dari The PussyCat Dolls, Coldplay dan ramai lagi!

FORBES TOP 20 CASH QUEENS OF MUSIC TX: 12.30pm

Senarai Forbes.com ‘Top 20 Cash Queens of Music’ menyenaraikan 20 penyanyi-penyanyi yang berpendapatan paling tinggi dan begitu berpengaruh. Pencarian ini berdasarkan penjualan tiket konsert, barangan eksklusif seperti minyak wangi, jenama pakaian mereka sendiri dan sebagai jurucakap produk. Madonna berjaya menggungguli senarai diikuti oleh Celine Dion, Shakira dan ramai lagi!

MOVIE: SHUI HU, THE SOCCER HEROES 1 TX: 2.30pm

Berdasarkan dari buku klasik Cina - The Water Margin, Shui Hu Soccer merupakan campuran watak dan senario tentang minat yang mendalam seorang pemuda terhadap sukan bolasepak

8 E-NEWS NEW YEAR SPECIAL TX: 4.00pm

8 E-News New Year Special membawakan kepada anda info-info hiburan berbahasa Cina dibawakan secara langsung pada 1 Januari 2009! Menampilkan pengacara terkenal Gary dan Natalie yang akan menemani anda dengan info, cerita dan gossip yang menarik!

MOVIE: GAMERA THE BRAVE TX: 5.00pm

Toru (Ryo Tomioka) berusia 11 tahun, merupakan seorang budak yang agak pendiam tinggal di kawasan pantai di Ishema bersama bapanya Kousuke (Kanji Tsuda). Setelah kematian ibu perhubungan di antara Toru dan bapanya agak renggang. Suatu hari Toru menjumpai anak penyu di tepi pantai. Anak penyu itu diberi nama Toto dan Toru mengambil keputusan menyimpannya sebagai haiwan peliharaan.

Begitu cepat masa berlalu, Toto boleh dikatakan cukup unik dan membesar bukan hanya sebagai penyu biasa, malah berupaya untuk terbang dan menghasilkan api dari mulutnya.

Suatu hari Toto telah terbang meninggalkan Toru seorang diri. Tidak lama kemudian bandar Ishema telah diserang makhluk gergasi dari laut dan telah mendekati Toru dan kawan-kawanya. Namun, seperti lagenda Gamera, seekor penyu gergasi berjaya berjaya menyelamatkan Toru dan rakan-rakannya. Toru akhirnya menyedari yang Gamera itu tidak lain tidak bukan adalah Toto.

ALEXANDRIA (INDONESIAN MOVIE) TX: 9.30pm

Bagas (Marcel Chandrawinata) telah lama menaruh hati pada jiran dan teman baiknya sejak kecil bernama Alexandria (Julie Estelle) tetapi tidak berani meluahkannya. Bagas mula menyedari yang teman karibnya telah jauh berubah dan lantas meluahkan rahsia hatinya kepada Alexandria.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain