GARA-GARA melihat kandungan media sosial yang semakin tidak terkawal, pelakon John Abraham memilih untuk tidak memuat turun sebarang aplikasi di telefon bimbitnya.
Memasuki usia 51 tahun, John berkata dia lebih selesa menjauhkan diri daripada media sosial kerana berpandangan ia tidak memberikan sebarang manfaat terhadap hidupnya.
"Saya tidak mempunyai media sosial dalam telefon bimbit.
John akui media sosial tidak memberi manfaat kepada hidupnya.
"Setiap kali saya membuka media sosial, saya sedar tiada perubahan besar di dunia luar.
"Sebaliknya kandungan media sosial sekarang semakin merosot dan teruk," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Dhoom itu memberitahu segala urusan berkaitan media sosialnya kini dikendalikan oleh pengurus.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki sepatutnya jadi pelindung... John Abraham bimbang wanita, kanak-kanak dan haiwan dah tak selamat di India
ARTIKEL BERKAITAN: John Abraham malu tanggal baju macam Salman Khan
"Disebabkan saya tidak mempunyai media sosial dalam telefon bimbit saya. Pengurus saya yang mengendalikannya.
"Saya berpegang pada satu prinsip iaitu tidak menggunakan media sosial. Saya hanya melihat Instagram sekali-sekala kerana aplikasi itu tiada dalam telefon saya," ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!