PENYANYI Lizzo mendedahkan dia mengalami depresi teruk sehingga terfikir untuk menamatkan hidupnya apabila berdepan dengan tuntutan saman berkaitan gangguan seksual sebelum ini.
Jelas Lizzo, perkara tersebut merupakan satu peristiwa paling gelap yang pernah dihadapinya sepanjang 36 tahun kehidupan.
"Selepas kejadian 2023 itu, saya berada dalam depresi yang sangat teruk. Saya sangat kecewa dengan dunia dan sangat terluka.
Lizzo sehingga tidak mahu berjumpa dengan orang lain sewaktu itu.
"Ia sehinggakan saya berasa tidak mahu hidup lagi dan juga takut dengan manusia. Namun, saya akhirnya berjaya mengatasi ketakutan itu," katanya semasa konsertnya di Los Angeles pada Khamis.
Dedah Lizzo, dia berjaya mengatasi perkara tersebut apabila terdapat kejadian di mana seorang peminat yang tidak dikenali menegurnya dengan baik dan positif.
"Satu hari itu saya berjalan dan melalui orang ramai. Ketika itu ada seorang individu yang tidak dikenali tegur saya 'Lizzo, saya sayang awak'. Mereka hulur tangan dan akhirnya kami berpelukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Minta 3 penari buat perbuatan tidak senonoh, Lizzo berdepan saman
ARTIKEL BERKAITAN: Lizzo penat berat badan jadi bahan jenaka, beri bayangan undur diri sebagai penyanyi
"Selepas pengalaman itu, saya sedar yang realiti tidak sama dengan internet. Ia merupakan kasih sayang yang boleh dirasa dalam kehidupan sebenar," ujarnya.
Sebelum ini pada Ogos 2023, Lizzo berdepan dengan beberapa tuntutan saman gangguan seksual daripada penari latarnya.
Antaranya adalah disebabkan Lizzo didakwa memaksa penari memakan pisang yang sebelum itu disumbat dalam kemaluan seorang wanita lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!