Baru-baru ini, sekumpulan peminat lelaki John Abraham berteriak sampai suaranya jadi serak dengan harapan agar pelakon Bollywood pujaan mereka menanggalkan baju kemeja T-nya.
"Kami ingin John, kami ingin John" begitulah lantangnya suara jeritan para peminat sebelum bintang handalan itu menampilkan diri di atas pentas.
Mereka juga melaungkan "T-shirt, T-shirt" supaya John mendedahkan tubuh badannya yang gah dan molek.
"Tanggallah.... anda perlu menanggalkannya hari ini dan kalahkan Salman (Khan)," jerit Saurabh Kejriwal - seorang graduan Universiti Amity di Noida.
Sementara itu, peniaga, Ashish Damani, 24, melahirkan sentimen yang sama dengan objektif berlainan.
"Lakukannya (Tanggalkan baju) untuk anak perempuan saya John, tolong. Dia benar-benar memuja anda," dia menjerit dalam nada kekecewaan.
Bagaimanapun, bintang handalan filem "Jism" itu tidak berbuat demikian. Dia hanya mengedarkan baju kemeja T secara percuma kepada mereka.
"Tengok, badan (sambil memperagakan badannya) ini adalah dalam filem sahaja. Saya sebenarnya sangat malu. Jika saya tanggalkan baju, apa yang akan saya pakai," usik John.
John ketika itu memakai baju kemeja T yang memeluk tubuh dan seluar panjang.