suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sule menangis dapat cucu, tak sangka Rizky Febian dah jadi bapa

Sule teruja dapat cucu dan rasa itu hadiah terindah buatnya.

SUDAH bergelar datuk, pelawak dan pengacara Indonesia iaitu Sule menyifatkan kehadiran cucu pertamanya iaitu Selina merupakan hadiah terindah buatnya.

Bukan hanya Rizky Febian mengalirkan air mata menerima kehadiran cahaya mata, malah Sule, 49, juga dia tidak dapat menahan sebak saat kelahiran bayi itu pada 15 Februari lalu.

2629991

Sule teruja jadi datuk buat kali pertama.

"Ya wajarlah anak pertama kan malah  saya juga begitu sewaktu Iki (panggilan buat Rizky) lahir memang nangis.

"Menangis terharu dan bahagia," kata Sule seperti dilapor Trans 7.

ARTIKEL BERKAITAN:  Sule pernah berhasrat tinggalkan rumah mewah, hidup di gunung berbual dengan monyet

ARTIKEL BERKAITAN:  Dah puas bersabar, Sule bagi amaran individu fitnah Mahalini curang... “Kamu tak akan menang kerana tiada bukti”

Seperti tidak percaya waktu berlalu begitu pantas, Sule tidak menyangka anaknya kini sudah bergelar seorang bapa.

"Tidak sangka pula dia sekarang sudah menjadi seorang bapa," ujarnya.

Selina atau nama penuhnya Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian merupakan cucu pertama dan bayi ini dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain