suria

Kim Sae Ron rancang buka kafe, sempat tukar nama sebelum ditemukan mati

Sae Ron rancang kembali aktif berlakon.

HASRAT mendiang Kim Sae Ron untuk membuka sebuah kafe tidak kesampaian apabila dia ditemukan mati di kediamannya pada Ahad. 

Menurut seorang rakan terdekat, impian tersebut pernah disuarakan sebelum ini dan ia menjadi salah satu impian Sae Ron.

"Kim Sae Ron merancang untuk membuka kafe bersama seorang teman rapatnya. Dia juga sedia untuk kembali dalam dunia hiburan. Saya tidak percaya dengan berita tragis ini," ujar kenalan berkenaan. 

sae_ron_2

Sae Ron ditemukan mati dikediamannya pada Ahad.

Malah Sae Ron juga dikatakan telah menukar namanya kepada Kim Ah Im sebagai satu permulaan baharu selepas lama tidak berlakon. 

Rakannya juga memberitahu aktres itu tidak menunjukkan sebarang tanda curiga yang mungkin boleh membawa kepada insiden dia meninggal dunia. 

"Saya bertemunya hujung tahun lalu. Dia menukar nama dan sedia untuk permulaan baru. Kami berbincang bagaimana dia mahu teruskan aktiviti seni selepas ini," ceritanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Sae Ron ditemukan mati di rumah, tiada sebarang unsur jenayah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pandu dalam keadaan mabuk, Kim Sae Ron mohon maaf dan tarik diri daripada projek drama baharu

Sae Ron pernah memperlahankan kerjaya seni selepas terlibat dengan kes kemalangan di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2022. 

Pada Ahad, Kim Sae Ron, 24, ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Timur Seoul kira-kira pukul 4.55 petang. 

Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematiannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain