suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Sae Ron ditemukan mati di rumah, tiada sebarang unsur jenayah

Kim Sae Ron ditemukan mati di kediamannya.

PELAKON Kim Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, pada Ahad.

Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang untuk bertemu mendiang.

Difahamkan, sebelum itu rakan Kim menelefon pihak polis susulan gagal menghubungi pelakon tersebut.

NP_-_2025-02-17T092717.912

Polis megesahkan tiada sebarang unsur jenayah atas kematian Kim.

Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

Bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan lanjut.

“Kami belum menemui sebarang tanda-tanda kecurangan setakat ini, tetapi kami sedang menyiasat keadaan kematian itu,” kata seorang pegawai polis.

Pada 2022, Kim pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alcohol sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandu dalam keadaan mabuk, Kim Sae Ron mohon maaf dan tarik diri daripada projek drama baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Foto mesra laga pipi tersebar, Kim Soo Hyun dan Kim Sae Ron didakwa sedang bercinta

Aktres itu kemudiannya didenda sebanyak 20 juta won (RM61,500).

April lalu, Kim cuba kembali ke dunia lakonan dengan menyertai sebuah pementasan teater. 

Namun, dia akhirnya menarik diri akibat kontroversi yang melanda serta masalah kesihatan yang dihadapinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain