suria

Terlalu besar pengorbanan Shakira untuk bekas kekasih, sanggup tangguh kerja kerana mahu fokus kepada Gerard

Shakira sanggup tangguh kerjaya demi bekas kekasih.

PENYANYI Shakira mengimbau semula pengorbanan yang pernah dilakukan olehnya terhadap bekas kekasih iaitu Gerard Pique.

Menurut Shakira, 47, dia berehat dari industri kerana ingin memberikan fokus kepada Gerard yang ketika itu berada dikemuncak karier.

"Saya menangguhkan kerjaya nyanyian saya buat masa yang lama kerana ingin berada di sisi Gerard dan menyokong kerjaya bola sepaknya.

Untitled design (55)

Shakira dan Gerard mula menjalinkan hubungan pada 2011.

"Banyak yang saya sudah korbankan untuk cinta," katanya dalam satu temu bual dengan The Sunday Time.

Untuk rekod, pasangan tersebut mula menjalinkan hubungan pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Bergambar mesra dengan Shakira, Sergio Ramos kini bersama bekas kekasih Pique?

ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Shakira didakwa elak bayar cukai lagi, kali ini sebanyak RM33 juta

Setelah hampir 11 tahun bersama, mereka mengumumkan perpisahan mereka pada Jun 2022.

Media antarabangsa melaporkan perpisahan mereka didakwa berpunca dari orang ketiga, namun pasangan ini memilih untuk tidak membuka mulut.

Dalam perkembangan lain, Shakira dijadualkan akan muncul dengan album terbaru Las Mujeres Ya No Lloran pada 22 Mac ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain