suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adele sambung belajar dalam bidang sastera Inggeris, mahu jadi seorang guru

Adele mahu sambung impian belajar.

PENYANYI Adele berazam merialisasikan impian menggenggam segulung ijazah meskipun terpaksa melupakan karier nyanyian buat seketika.

Adele berkata, sejak kecil dia cukup meminati kesusasteraan Inggeris dan bercadang menyambung pengajian dalam bidang berkenaan.

Kata penyanyi lagu Someone Like You ini, dia sudah lama mengimpikan dapat masuk ke universiti seperti orang lain dan mahu merasai pengalaman bergelar pelajar.

"Saya boleh gunakan ilmu sastera Inggeris ini dalam apa juga bidang apabila tamat kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan naik mendadak, YouTuber dakwa Park Bom 2NE1 derita ADD

"Jika saya tidak lagi menyanyi, saya boleh menjadi seorang guru dan memang berharap dapat melangkahkan kaki ke universiti," katanya seperti dilaporkan The Sun.

Kata Adele, dia merancang menyambung pengajian selepas tamat kontrak persembahan residen di Las Vegas pada 2025.

Dalam perkembangan lain, Adele baharu sahaja melancarkan muzik video lagu I Drink Wine yang merupakan single terbaharu daripada album 30.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain