suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salman Khan saman jiran kerana video provokasi, punca pergaduhan kaum

Salman ambil tindakan saman kerana difitnah.

PELAKON Salman Khan memfailkan saman terhadap jirannya sendiri atas dakwaan penyebaran fitnah dan memberi komen berunsur provokatif.

Kes tersebut berpunca apabila seorang individu bernama Ketan Kakkad sebelum ini berkongsi satu video yang mendakwa Salman cuba menutup sebuah kuil selain melakukan permedagangan manusia dan turut terlibat dengan dadah.

Salman memfailkan kes tersebut di Mahkamah Tinggi pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima ugutan bunuh, Salman Khan mohon lesen senjata api dan beli kereta kalis peluru

Pelakon filem Bajrangi Bhaijaan itu sebelum ini pernah cuba bersemuka dengan Kakkad untuk menyelesaikan masalah tersebut namun ia tidak dihindarkan.

Kemudian Salman membuat permohonan saman di mahkamah sivil namun ia ditolak sehingga menyebabkan dia terpaksa merujuk ke Mahkamah Tinggi.

Menurut satu kenyataan, peguam Salman memberitahu video yang tersebar juga menyebabkan perbalahan antara penganut Hindu dan Muslim di sekitar kawasan tersebut.

“Jelas sekali video tersebut merupakan provokasi terhadap Salman. Ia menyebabkan perbalahan antara kaum,” jelasnya. -BOLLYWOODHUGAMA

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia