suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli politik cadang dos penggalak sebagai syarat tonton konsert jelajah Justin Bieber di Indonesia

Wakil rakyat cadang penonton konsert Justin Bieber ambil vaksin penggalak.

ANGGOTA Dewan Rakyat Indonesia iaitu Rahmad Handoyo mencadangkan vaksin penggalak Covid-19 perlu menjadi syarat untuk mereka yang mahu menghadiri konsert besar di negara itu.

Ini termasuklah konsert bintang pop terkenal, Justin Bieber yang akan diadakan di Jakarta pada November depan.

"Saya bersetuju konsert haruslah mendapat booster, namanya pun konsert susah nak jaga jarak kerana semua rapat, jadi kenapa tidak booster dahulu," kata Rahmad seperti dilaporkan Liputan6.

Dalam pada itu, Rahmad berkata syarat yang dikenakan itu kelak boleh menjadi salah satu cara menggalakkan generasi muda mendapatkan suntikan tambahan vaksin berkenaan.

Namun ahli politik PDI Perjuangan itu meminta syarat tersebut tidak menyusahkan penonton kerana tempoh konsert masih lagi jauh iaitu November depan.

Untuk rekod, selain Indonesia, Justin Bieber turut memilih mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.

Penyanyi lagu Ghost ini mengadakan konsert jelajah dunia di 20 buah negara tahun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain