suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sonam Kapoor dedah proses hamil bukan indah seperti disangka ramai

Sonam dan suami umum bakal timang anak tidak lama lagi.

BAKAL menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon Sonam Kapoor mengakui dia melalui perjalanan kehamilan yang sukar.

Memetik laporan Hindustantimes, Sonam berkata ramai orang hanya berkongsi pengalaman indah sahaja ketika hamil.

"Proses yang agak sukar. Tiada siapa beritahu anda yang ia sangat susah, semua orang beritahu anda perkara yang menarik saja.

"Jika anda nak bawa satu nyawa lagi dalam badan anda, anda kena jaga diri juga," kata Sonam.

Pada minggu lalu, Sonam dan suaminya Anand mengumumkan berita gembira mereka bakal timang cahaya mata tidak lama lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain