suria

Rumah dan kereta mewah Irwansyah disita, adik palsukan tandatangan buat pinjaman bank RM600,000

Irwansyah bersama adiknya Hafiz Fatur yang kini diburu polis.

ADIK kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah iaitu Hafiz Fatur kini menjadi buruan polis kerana disyaki melakukan jenayah penyelewengan duit.

Memetik laporan Liputan 6, pelakon tersebut menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

Dokumen tersebut ialah surat tanah dan kenderaan mewah milik suami Zaskia Sungkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Irwansyah panik tapak tangan Zaskia Sungkar tiba-tiba naik ruam selepas basuh baju

"Anak guam kami terkejut apabila sebuah bank menghantar bil ke rumahnya mengatakan Irwansyah tidak membayar ansuran berkaitan pinjaman wang di bank berkenaan. Dia terkejut bagaimana boleh dibilkan walaupun tidak pernah membuat pinjaman.

“Setelah disemak, saya dapati banyak surat yang mengesyaki Hafiz memalsukan tandatangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar atas kepentingannya untuk meminjam wang daripada bank. Pinjaman itu berjumlah Rp 1 hingga Rp 2 bilion," kata peguam mewakili Irwansyah, Muhammad Zakir Rasyidin.

Irwansyah membuat laporan ke atas Hafiz Fatur kerana memalsukan dokumen dan tandatangannya.

Irwansyah terkejut dengan sikap adik sendiri.

Irwansyah dan isterinya terkejut, apabila mereka menerima tuntutan bayaran berjumlah yang banyak sedangkan tidak pernah membuat sebarang pinjaman.

Terkilan dengan perkara itu, Irwansyah akhirnya membuat laporan kepada pihak polis Polres Metro Jakarta Selatan pada 19 November lalu.

“Akhirnya pada November lalu, sebagai peguam, saya membuat laporan di Polis Jakarta Selatan berhubung pemalsuan surat.

“Sebab yang kami dapati adalah perjanjian kredit, surat pelepasan hak, kemudian ada surat penyata dengan tandatangan Zaskia dan Irwansyah. Tetapi Irwansyah tidak pernah berjumpa pihak bank,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain