suria

Raffi Ahmad tawar diri jadi pemain dram kumpulan Ungu

Raffi tunjuk bakat main dram dengan membawa salah satu lagu popular kumpulan Ungu.

UMUM mengetahui pengacara dan pelakon Raffi Ahmad sememangnya pandai bermain alat muzik antaranya keyboard, gitar dan juga dram.

Menerusi laman Instagram suami kepada Nagita Slavina ini memuat naik video memaparkan dia sedang menunjukkan kemahirannya dalam bermain dram.

Apa yang menarik, Raffi memainkan salah satu lagu kumpulan Indonesia terkenal Ungu berjudul Percaya Padaku dan perkongsian itu mendapat perhatian netizen.

Ia berikutan kapsyen Raffi di perkongsian itu yang ingin menawarkan dirinya untuk menjadi pemain dram Ungu dan turut 'tag' instagram vokalis kumpulan tersebut iaitu Pasha.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mahu melamar diri sendiri menjadi pemain drama kumpulan Ungu. Boleh tak Pasha?" tulisnya.

Perkongsian itu sempena kumpulan yang popular dengan lagu Kekasih Gelapku itu bakal menyambut ulang tahun yang ke-25 tidak lama lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain