suria

Dua minggu dirawat di hospital akibat positif Covid-19, berat badan Minhyuk (BTOB) turun 4 kg!

Minhyuk kongsi keadaan dirinya menerusi sebuah rakaman video.

SELEPAS dua minggu dirawat di hospital akibat dijangkiti wabak Covid-19, anggota BTOB iaitu Minhyuk akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

Berkongsi mengenai keadaan dirinya, Minhyuk mengakui berat badannya turun mendadak sebanyak lebih empat kilogram sepanjang berada di hospital.

"Ramai orang mengatakan (komen) saya kehilangan banyak berat badan dan ianya benar... saya timbang berat badan saya selepas pulang dari hospital dan kini berat saya hanya 58 kilograms.

"Berat badan saya turun sebanyak empat hingga lima kilogram ketika dirawat di hospital dan saya rasa, ia disebabkan saya tidak dapat bersenam sepanjang tempoh itu.

"Bagaimanapun, saya kini sudah semakin sihat dan sebab itu saya dibenarkan pulang ke rumah," kata Minhyuk.

Minhyuk 1

Keadaan Minhyuk sudah pulih selepas dua minggu di hospital.

Minhyuk dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan kesihatannya sudah sembuh sepenuhnya pada Jumaat lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Minhyuk turut berkongsi mengenai keadaannya mengalami demam, pening kepala dan batuk yang sangat teruk sebelum disahkan positif Covid-19.

"Saya alami demam, pening kepala dan batuk yang sangat teruk. Pada awalnya, batuk saya teruk sehingga saya tidak dapat bernafas dengan baik sebab batuk teruk.

"Malah, badan saya panas sehingga 40 darjah celsius pada tengah malam dan batuk yang teruk. Fikiran saya terganggu sepanjang seminggu. Minggu pertama di hospital, saya tak tahu apa yang terjadi.

"Saya melalui masa yang sangat, sangat, sangat sukar kerana saya jatuh sakit," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain