suria

Kim Kardashian tayang rumah... ramai yang seram, macam bilik pengasingan

Screen Shot 2021-06-13 at 1.46.00 AM

BINTANG realitI TV Kim Kardashian berkongsi bahagian dalam kediamannya yang dikatakan seperti tinggal di sebuah muzium.

Beberapa foto yang dimuat naik Kim di media sosial telah menjadi bualan dan membuatkan netizen berasa ingin tahu keadaan rumah Kim Kardashian.

Rata-rata netizen menyamakan ruangan rumahnya sama seperti bilik pengasingan yang menakutkan.

Antara ruangan rumah Kim Kardashian yang minimalis.

"Ia seperti rumahnya yang lain sedikit menakutkan dan tempat di mana anda merasa takut untuk menumpahkan sesuatu," ujar netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dekorasi yang minimalis dikatakan umpama 'Death Star from Star Wars' yang dikatakan mempunyai bilik mayat dan sangat sesuai untuk pemujaan.

Dia juga memuat naik ruang tamu yang mana tempat paling digemarinya dalam rumah tersebut.

Selain gaya hidup dan fesyen, kediaman Kim juga sering menjadi perhatian netizen.

Terdahulu, Kim Kardashian dan Kanye West memiliki rumah ini yang terletak di kawasan Hidden Hills, California. - Buzzfeed

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain