suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siddhant Chaturved positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah

Siddhant mengesahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19.

PELAKON Bollywood Siddhant Chaturved mengesahkan dirinya dijangkiti wabak Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.

Siddhant menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia kini dalam keadaan baik dan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti semua protokol seperti yang dinasihatkan oleh doktor.

"Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Sudah disahkan bahawa saya positif Covid-19. Saya berasa sihat buat masa kini dan jalani kuarantin kendiri di rumah.

"Saya sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti yang diperlukan dan mengikuti semua protokol yang dinasihatkan oleh doktor. Sentiasa berfikir positif untuk atasi perkara ini," kata Siddhant.

Difahamkan pelakon berusia 28 tahun ini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Phone Bhoot bersama pelakon Ishaan Khatter dan Katrina Kaif.

Terdahulu, pelakon Tara Sutaria juga disahkan positif Covid-19 selain Ranbir Kapoor, Manoj Bajpayee, Ashish Vidyarhti dan pengarah Sanjay Leela Bhansali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain