suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bunga Citra Lestari masih mahu di rumah, Rossa ganti jadi juri Indonesian Idol?

Rossa menepis dakwaan dia menggantikan tempat BCL sebagai juri dalam program Indonesian Idol.

KEHADIRAN Rossa sebagai juri di program Indonesian Idol musim ke-10 yang bersiaran pada Isnin menimbulkan spekulasi mengatakan penyanyi itu kini menggantikan tempat selebriti sebelum ini iaitu Bunga Citra Lestari.

Memetik laporan KapanLagi.com, Rossa tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia bukan kali pertama dia dijemput sebagai juri dan turut terlibat dalam proses pencarian bakat program itu.

"Saya tidak menggantikan BCL, mungkin kerana ini special season dan Bunga masih ingin meluangkan masa di rumah, akhirnya saya dipanggil semula untuk menjadi juri," jelasnya.

Musim kali ini, Rossa turut bersama Maia Estianty, Anang Hermansyah, Ari Lasso dan Judika sebagai para juri program realiti tersebut.

Dalam pada itu, Rossa menganggap menjadi juri ini bukan hanya suatu pekerjaan tetapi berpeluang untuk menjadi saksi kepada bakat-bakat yang ada pada idola baru.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain