suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bimbang ayam jantan dimakan musang, Ed Sheeran buat reban paling selamat

Ed Sheeran buat reban bagi mengelakkan ayam peliharaannya di makan musang.

PENYANYI Ed Sheeran dilaporkan kehilangan beberapa ekor ayam jantan peliharaannya akibat dimakan musang.

Menurut laporan Aceshowbiz, sumber memberitahu Ed terpaksa membina reban baharu bagi memastikan haiwannya itu selamat.

"Dia kehilangan beberapa ekor ayam dalam beberapa minggu lalu dan tidak mudah untuk diganti dalam keadaan seperti ini.

"Jadi sekarang ini dia memastikan reban ayamnya selamat dan tiada ayam yang hilang lagi.

"Ed Sheeran sangat mencintai alam sekitar dan dia juga menyukai hasil kebun yang segar," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Perfect ini dilaporkan mula berkebun bersama isterinya Cherry Seaborn sepanjang tempoh perintah berkurung (lockdown) berikutan wabak Covid-19.

Pasangan iini menanam pelbagai buahan dan sayuran antaranya strawberi, kentang dan lada di tanah milik mereka.

Ed Sheeran

Artikel Lain